Saturday, 24 August 2013
Burung hantu atau helang??
Worldview ???
Percik-percik iman
Wednesday, 17 July 2013
Anatomy: Tulang rusuk lelaki kurang satu?!!
Petang tadi, time kelas Anat oleh Dr Hassan Basri.. Dr Hassan buka sesi soal jawab dengan kami semua. Apa-apa soalan tentang Anatomy boleh diutarakan. Banyak soalan yang dilontarkan kepada Dr hassan, semuanya dia jawab dengan baik!
Antara soalan2 kami;
1- Hepatitis B
2- Cancer
3- Kencing Tikus
4- Spinal-cerebellar Degenerative Disease
Macam2 lagi lah..
Tapi, tiba2 seorang pelajar lelaki (he's my senior actually,umur 22 tahun) ajukan soalan pd Dr Hassan.
"Dr, betul ke tulang rusuk lelaki kurang satu??"
Pertanyaan yang sangat straight forward tu membuatkan Dr Hassan terpinga2.. haha
"What did you say?" Dr minta ulang sekali lagi..
"Dalam Al-Quran ada sebut yang tulang rusuk lelaki kurang satu.. dalam segi saintifik or logic nye, betul ke??"
Hah, bila dah timbul persoalan yang sgt menarik tuh, kami semua mcm menyokong soalan itu.. Eager kot nak tahu.
First thing he do was laughing!! Then, dia kata "I'm not ustaz you know.."
Okeyhh~ We all mcm hilang semangat dah pula.. haha
"Tapi, setakat yang saya dah belajar selama ni, xpernah lagi saya jumpa lelaki yang tulang rusuknya 11. Semua yang saya jumpa lengkap 12 rusuk."
Then, he laughed again.. felt funny maybe..
"You don't take it laterally la. Memang dalam Al-quran sebut wanita itu dibuat daripada tulang rusuk lelakinya. but it doesn't meant that tulang rusuk lelaki kurang satu. Bukan macam tu.. Maknanya jodoh pertemuan itu semua dah ditetapkan oleh ALLAH sejak azali lagi. ALLAH dah tetapkan kamu jodoh dengan dia (pointing him and someone from our side), selok kot mana2 pon, kamu tetap akan jodoh dengan dia. Faham?" Dr tanya dengan senyuman manisnya. (still felt it funny ke dr??)
"Wanita itu ibarat seperti tulang rusuk sebab sifat dia (mudah patah). Tulang rusuk kan bend(bengkok). Kamu tak boleh luruskan dia, nnti patah. just let it be as itself. Maksudnya, kamu kena berlembut dengan wanita, belai dia.haa,begitu. Boleh? haha."
Yang part 'belai dia' tuh, i'm a bit giggled.. ntahla, can't describe my feeling at that time. huu
"Macam itulah yang saya faham.. You just jangan take it laterally. ini macam kiasan lah orang melayu kata. Wanita itu daripada tulang rusuk lelaki.. kiasan kiasan.."
OOHHHH~ semua jawab.
so, tulang rusuk lelaki kurang satu hanyalah kiasan~
-s-a-l-a-m-
Thursday, 4 July 2013
Dilema tamat ~
Dilema dilema dilema
Wednesday, 26 June 2013
Cikgu Din memberi kata semangat ^^
Lesen P
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Posting hari nih berkenaan perkara yang berlaku pada pagi tadi, bertarikh keramat 26 Jun 2013. Saya menjalani ujian kereta or kata lainnya, JPJ Test.. ^^
Bagaimana perasaan saya??
MasyaAllah, hanya pemilik hati nih saja yang tahu.. Betapa nervous nya diri nih menghadapi hari ini. haha xyah cakaplah, macam orang tengah periksa, cuma this time lain sikit sbb kita bermain dengan kereta.. Nervous sangat, sampai malam semalam tidak boleh lelap duk fikir ---> "Janganlah esok tiba. Janganlah esok tiba."
Tapi, fikir macam tuh xjalan jugak. Apa logik ?? Esok sah2 akan datang juga unless la kalau esok sudah ditarik nyawa, memang xkan tiba lagi hari esok.. hmm
So, saya tukar pemikiran kepada ---> "Mudahkan Ya Allah, hari esok... luluskan aku." Naah, lebih nyaman selepas itu.. Kadang rasa bersyukur sangat, sbb diri ini ada tempat untuk bergantung ^^. Ya lah, bila kita ingat Dia, Dia akn ingat kita. Bila kita minta Dia, Dia akan beri kita. Dan dengan pemberianNya itu, wajib lah kita bersyukur.. --->tanda hamba yg mengenang budi Tuhannya.
Dan Allah izin, pagi tuh semasa tunggu giliran dipanggil untuk diuji saya tenang sepanjang masa.. Langsung tidak nervous or panic or whatsoever yg sewaktu dengannya.. Cuma bertarung dengan perut yg mula meminta haknya. haha sian dia, tidak diisi dri pagi smpai waktu lunch (selesai semua ujian).. Kena pujuk2 --> "Sabar, nanti dah selesai semua saya isilah..." - -" pon jadi..
Pendekkan ceritanya ya..
Selesai semua ujian, ujian last sekali adalah ujian tiga penjuru.. Selesai saja tuh, isi borang, tandatangan dan bergerak ke kaunter untuk serahkan borang.. Sampai di kaunter, akak yang bertugas ambil borang tu then serahkan kad ic dan lesen L saya yg sebelum nih dikepilkan bersama borang tadi kepada saya..
"Ambil nih, pergi masuk pejabat, cakap dengan kakak kat dalam tuh kamu sudah lulus.."
s e n y u m
"terima kasih." Kaki bergerak ke pejabat. hehehe gembira lah. Dah lepas satu beban. Dah selesai proses mendapatkan lesen P. Alhamdulillah.
Selesai semua urusan, saya bergegas ke mesin minuman di luar pejabat.. Beli minuman dan minum di kantin belakang sambil menikmati pemandangan yang takkan aku jumpa lagi (maybe) ---> orang buat ujian kereta..
Haihh, leganya seluruh anggota..
Oppss, lupa nak buat sesuatu. Saya keluarkan henset daripada beg dan menaip sms kpd org2 penting.. Nak umumkan bahwa diri ini dah lulus ujian!!!!! hihi
to mom : Alhamdulillah!! Hajar dah lulus. ^^
to dad : Alhamdulillah!! Hajar dah lulus. ^^
to Ahmad : Alhamdulillah!! Hajar dah lulus. ^^
and tak dilupakan kepada cikgu yang mengajar....
to cg Zul : Terima kasih cg. Saya lulus! :)
Dan juga kepada org yang mendoakan diri ini..
to Nana : Naaaa!! Saya luluuss!!
(happy sungguh)
dan reply yg diperolehi sangat Ajaib b o l e h s a y a k a t a k a n . . . . sebab semuanya menjawab dengan muqaddimah "ALHAMDULILLAH".. MasyaAllah, besar maknanya tuh. Dan kemudiannya baru nyata perkataan "tahniah".. ^^
Dengan lafaz Alhamdulillah ini, mmg dah nyata, jelas dah Puji-pujian hanya lanyak diberikan untuk Allah.. Yang telah memudahkan urusan saya hari ini, dan telah meluluskan aku. Bahkan segala pujian yang kita terima atas kejayaan kita patutnya balik semula kepada Sang Pemberi Nikmat itu.. Kerana hanya dia sahajalah yang layak menerima pujian ni.. ^^,
Dan apabila kita menerima nikmat Nya, apa perlu kita buat?? --- b e r s y u k u r ---
Bagaimana nak bersyukur?? --- b u a t a p a y a n g A l l a h s u k a s a h a j a ---
barulah nanti Allah tambah lagi nikmat kita.. InsyaAllah.
- Terima Kasih Tuhan -
Thursday, 6 June 2013
blogging
contengan budak lepasan~
Tuesday, 16 April 2013
Antara yakin & coba2..
Haiwah bt Syuraih @ Abu Zur'ah dikenali dengan sifatnya yang sangat pemurah. Satu hari, dia mendapat 60 dinar. Lalu di sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya, dia akan memberi kepada sesiapa saja yang memerlukan.. Sampailah habis kesemua wangnya disedeqahkan. Sampai ja di rumah, dia melihat di atas katilnya ada 60 dinar. Perkara ini diulang2. Dia sedeqah, habis semua.. Balik, ada pula atas katil. keluaar lagi, balik, ada pulaa..
Dan perbuatan dia diperhatikan oleh saudaranya. Dia pun terfikir ingin mengikut jejak langkah Abu Zur'ah itu tadi. Manalah tahu menjadi, kayalah dia. Lalu, dia ambil 60 dinar dan sedeqahkan habis semuanya. lantas segera pulang ke rumah.. Lihat atas katil nya, tiada apa2 pun. Hatta satu dinar pun xde. Tidak berpuas hati, dia lalu pergi berjumpa Abu Zur'ah mohon penjelasan.
Katanya,"Selama ni aku tengok kau sedeqahkan 60 dinar kau, kau akan dpt balik duit tuh. Bila aku cuba buat, xda sedinar pun atas katil aku. Kenapa ya??"
Abu Zur'ah pun menjawab,"Aku melakukannya dengan penuh keyakinan, sedang kau melakukannya hanya coba2."
Kesimpulannya, kita kena yakin dengan setiap apa yang kita lakukan. Yakin dengan Allah lah! Yakin Allah akan balas kebaikan yang kita buat nih dengan ganjaran yang lebih lumayan lagi.
Dan Brohamzah tegaskan.. [ In life, tiada istilah c o b a - c o b a ]
Wallahu A'lam.
Monday, 15 April 2013
Manual kehidupan
Manual kehidupan?? Apakah?? Haha. Takpe, baca ja dulu.. Nanti anda nampak gambaran sebenar ttg apa yg ana nak cerita kali ini. :)
Analogi pertama..
Anda tahu kereta?? Kita tengok kereta bikinan jepun. Canggih kann? Cer kite bawa kereta jepun nih guna manual kereta buatan Jerman. Agaknya menjadi tak perjalanan kite?? Sure tak kann?! Yelah, kereta Jepun gunalah manual Jepun! Yang nak pi gatal guna manual negara lain tuh awaik?! Rosak kereta nanti... huhu
Analogi kedua..
Manusia... Kita manusia. Banyak sistem kat tubuh badan kita nih. Meh ambil satu contoh lahh.. Kita ambil contoh, sistem pernafasan. Organ yang terlibat dalam sistem ini ialah jantung, paru-paru, mulut, hidung... Cuba anda bayangkan, jantung xnak ikut aturan yang ditetapkan ntuk dia. Tiba2 jantung xnak pam darah. Dia habaq kat I dia dah penat, dia nak rehat. Guane tuh? jantung takkan gerak, mati lah kita. ye takk??
Analogi ketiga..
Ikan? Semua ada masalah. Kita tengok, ikan pun ada masalah! hehe *bukan nak cerita pasal nih* Satu hari, ikan fikir.."Alangkah bestnya hidup jika aku jadi burung. Boleh terbang bebas jer, Xde sape nak halang." Lagi-lagi, dia fikir,"Best semacam jer aku tengok kucing.. Boleh hidup bebas kat darat, dapat layanan percuma kat rumah2 orang. Best gak tuh." Dan nak panjangkan cerita, si ikan pun nak ubah ketentuan hidupnya. "Sudah tiba masanya aku beralih drpd hidup aku sebagai seekor ikan!" *Cehh.ikan2* Ikan pun melompatlah ke darat.. 1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat... >>Innalillah<<
Nak katanya kat sini, mereka semua [analogi2 di atas] sudah ditetapkan macam tuh, dah ada manual sendiri. Takleh dah nak tukar manual lain, nak try manual baru.. Takleh! Sebab apa xleh? Sebab kita dah nampak dah, jika mereka ingkar jugak.. Nak juga guna manual ikut suka dia ja, MATI lah dia! Sebab Allah dah tentukan macam tuh. Or, analogi pertama... Manusia dah tetapkan macam tuh. Terima jer lah. Tak perlu banyak songeh. Hehe [membebel pulak yer]
Same goes to us. Manual kehidupan kita adalah menurut apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita. Manual kita I.S.L.A.M .. Ambil manual ini, guna sepenuhnya. Hidup akan berjalan lancar. Tak da sekat sana, sekat sini.. Licin ja perjalanan hidup kita nanti. Jangan cakap kat dunia, tuh Akhirat jua licin i.a.. >> jika kita ambil manual ini sepenuhnya.. <<
::kak Amnani::
manusia bukan malaikat..
Bismillah!
Kisah 1 >>> Diceritakan pada zaman Rasulullah s.a.w ada seorang sahabat yang terkenal dengan sifatnya yang ceria, suka melawak bahasa mudahnya. Bila dia bersama Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w suka sampai nampak baris2 gigi baginda s.a.w.. Nama sahabat tu Naim. Pelawak zaman Rasulullah s.a.w #oh, rupanya ada jugak ye yang jenis suka buat lawak, ceria zaman Rasulullah s.a.w nih.. Ohhh. Betullah, sahabat manusia, bukan malaikat..:)#
Kisah 2 >>> Julaibib. Siapa yang pernah dengar kisah dia?? Pernah dah?? Tak pernah?! Takpa2, jangan risau.. Sini ana ceritakan kisah Julaibib. :) Julaibib nih orangnya kerdil (dwarf), pendek. Tapi, specialnya dia dengan Rasulullah s.a.w ialah dia sangat sangat SANGAT sangat dear dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w sayang sangat dengan Julaibib ni.
Satu hari, Rasulullah s.a.w bertanya Julaibib,"Nak kahwen tak? Aku boleh carikan.." lebih kurang begitulah bila di'melayu'kan.. Julaibib pun jawablah,"Nak.."
Rasulullah s.a.w pun pergilah ke rumah seorang sahabat ni, nak pinangkan anaknya untuk Julaibib. Baginda s.a.w berkata kepada ayah wanita itu,"Aku datang nih hajat nak pinang anak perempuan kau," Si ayah gembira sungguh bila dengarnya.. Mana tak gembira.. Rasulullah s.a.w nak pinang anak perempuannya untuk dirinya.. Suka betul dia. Dia pun jawab lebih kurang camni lahh,"Boleh2, ambillah dia jadi isterimu. Aku setuju sangat!"
Rasulullah s.a.w pun berkata,"Bukan untuk aku.. Untuk kekasihku." Si Ayah bertanya,"Siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab,"Julaibib kekasihku."
Si Ayah terkejut. Julaibib budak pendek tuh Rasulullah s.a.w nak jodohkan dengan anak dia?? Manalah Si Ayahnya berkenan.. Lalu Si ayah berkata,"Sat naa, nak bincang ngan isteri dulu.." Dia pun beralih ke belakang rumah.
Si isteri bertanya,"Kenapa bang??"
"Rasulullah s.a.w datang nak pinang anak kita untuk Julaibib!"
Terkejut si isteri.."Untuk Julaibib?! Ish, taknak lah kite. Dahlah pendek, hodoh pulak. Langsung tak sesuai dgn anak kite.."
>>> [Nampak tak?? Rupanya pd zaman Rasulullah s.a.w ada juga yang mcm kita nih.. Nampak kann, mereka semua manusia macam kita. Dan bukanlah mereka tuh malaikat.. mereka m a n u s i a ..] <<<
Rupanya, perbualan mereka didengari anak gadisnya.. Lalu si anak pun keluar bertemu parentsnya dgn katanya,"Jika Rasulullah s.a.w yang pinangkan aku untuk Julaibib, pasti Julaibib ini special orangnya. Dan pasti dia terbaik untuk aku. Mak, ayah... Aku terima."
Dan nikahlah mereka berdua..
Ini saja yang nak dijadikan cerita.. Nak tunjukkan bagaimana SAMAnya makhluk yang Allah cipta bernama MANUSIA itu. Memang maklum dah, yang bezakan kita dengan mereka adalah Taqwa kepada-Nya. Tapi, nak tunjukkan kat sini, mereka sahabat2 Rasulullah itu memang betullah manusia!! Memang kita semua tahu mereka manusia, cuma kadang kita fikir mereka ini umpama malaikat, sebab tahap Taqwa nya sangat tinggi.
Even dah tamat kisah berkenaan tajuk post ana nih.. >>manusia bukan malaikat<< Tapi, kekok pula jika xhabiskan kisah Julaibib nih.. :')
Satu hari, mereka keluar berperang *tidak dinyatakan peperangan ape*.. Julaibib nih nak kata pendeknya dia, dia sama tinggi dengan pedang yang dia pegang! [pendekkannn? kecil orangnya] Dalam peperangan, strategi Rasulullah s.a.w mantOp hebatnya! Baginda s.a.w bahagikan mereka secara kaum2. Bukan assobiyah ya! Sebab Rasulullah s.a.w tahu sesama kaum mesti kenal sesama mereka, memudahkan urusan nak kenal pasti mukmin yang syahid lepas peperangan nnti. Setiap kaum tuh, dilantik ketua2nya.. Nak dijadikan cerita, Julaibib turut serta dalam peperangan itu.. DAN SYAHID!
Lepas tamat peperangan, Rasulullah s.a.w arah ketua setiap kaum cari mayat2 mukmin yang syahid di jalan Allah.. Tapi, dalam banyak2 mayat tuh, tiada yang jumpa Julaibib. Rasululah s.a.w kecewa. Lalu berucap,"Wahai mukminin, pergilah kau cari kekasihku Julaibib! Dia telah syahid! Pergilah cari dia.."
[saat ini, air mataku mengalir...]
Maka, sahabat2 pun keluar ke medan perang. Mencari mayat Julaibib. Tidak jumpa juga. Rasulullah s.a.w suruh mereka usaha lagi. Akhirnya, salah seorang sahabat melaung2 nama Rasulullah s.a.w dari hujung medan perang. "Ya Rasulullah! Ya Rasulullah! Julaibib ada di sini!" Para sahabat yang turun mencari tadi meluru ke arah sahabat yang memanggil.. Julaibib telah syahid dikelilingi mayat2 musuh. julaibib telah berjaya membunuh 7 musuhnya, dan dia syahid! Dia telah tertimpa dengan mayat2 musuh yang dibunuhnya, sebab itu sahabat2 tidak menjumpainya..
Subhanallah.. Hebat manusia itu bila disinari Taqwa dan Iman kepadaNya.. #mendengarkan kisah ini, membuatkan aku rasa hormat pd Julaibib, k e k a s i h Rasulullah s.a.w#
Wednesday, 10 April 2013
Allah selamatkan kamu
~Jangan melihat pada S I M P L E nya ia.. Tetapi, lihatlah pada U K H U W A H yang Allah hadirkan mesra terjalin dalam 3 bulatan kegembiraan itu~
::s i m p l e i s b e a u t i f u l::
seriously.. XD
Saturday, 6 April 2013
Urghhh.. Apakah???
Cuba lihat sms yang ana terima tadi.. sendernya tidak didedahkan. Tapi, rasanya semua dah tahu. huhuhu.. Ikutilah kesah ana di bawah ni~
Erkkkk.. Cuba highlight sikit part "jgn lupe kite sntiasa b'same," dan part"jumpe kt sne ek".
What the?????!
erghhh. Tak suka ana membacanya.
Adakah perlu dia send kat ana...?? Tak perlu rasanya. Memang xperlu pun!
'Alaa, dia maksudkan kawan lelaki dia tuh. Bukan maksudkan kamu pun.' Ya, tahu2. Masalahnya, ana nih p e r e m p u a n ! Bukan laki2 kawan dia tuh.
Sejak bila pulak kita sentiasa bersama nih???? Since when??
And... Nak jumpe kat sana??? urggggh~
'Laaa, dia mesti tersalah send tuh. Tersend kat nombor awk.' hemm, boleh pulak ye TERsend..
'Marah ke????' Taklah. Mana ada.. Mana ada marah.. Tak marah pon. [ s m i l e ]
'Hmm.. bunyi macam marah.' '........................................'
'Dia kan KU, mesti dia send dekat semua g6 termasuk awk. Dahlah, takyah fikir2kan lagi. Kalau tak suka dan rasa tak selesa dgn mesej tuhh, I prefer you delete sms tuh. Tamat~'
Hmmm.. -_-"
Ana tahu niatnya baik.. Nak bertemu di sana.. Rindu ya?!
hahaha.. [perlikahhh???]
Lebih kuranglahh.. @_@
Tapi, meski baik punn.. Batas2 kena jagalah. Ada kaa send kat kite, send kat kawan2 laki dia sudahlah, cukuplah. Kena jaga. Boleh jadi fitnah tahu?! Kannn, wanita itu fitnah bagi laki2.. >> Nasib baik ana nih baik <<.. Hmmm.
psstt... PKU kita xpulak send mesej cenggitu ke kite. huhuhuuhuhuuhuuhuhu
Jangan lupa Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)