Tuesday, 16 April 2013

Antara yakin & coba2..


Haiwah bt Syuraih @ Abu Zur'ah dikenali dengan sifatnya yang sangat pemurah. Satu hari, dia mendapat 60 dinar. Lalu di sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya, dia akan memberi kepada sesiapa saja yang memerlukan.. Sampailah habis kesemua wangnya disedeqahkan. Sampai ja di rumah, dia melihat di atas katilnya ada 60 dinar. Perkara ini diulang2. Dia sedeqah, habis semua.. Balik, ada pula atas katil. keluaar lagi, balik, ada pulaa.. 

Dan perbuatan dia diperhatikan oleh saudaranya. Dia pun terfikir ingin mengikut jejak langkah Abu Zur'ah itu tadi. Manalah tahu menjadi, kayalah dia. Lalu, dia ambil 60 dinar dan sedeqahkan habis semuanya. lantas segera pulang ke rumah.. Lihat atas katil nya, tiada apa2 pun. Hatta satu dinar pun xde. Tidak berpuas hati, dia lalu pergi berjumpa Abu Zur'ah mohon penjelasan. 

Katanya,"Selama ni aku tengok kau sedeqahkan 60 dinar kau, kau akan dpt balik duit tuh. Bila aku cuba buat, xda sedinar pun atas katil aku. Kenapa ya??"

Abu Zur'ah pun menjawab,"Aku melakukannya dengan penuh keyakinan, sedang kau melakukannya hanya coba2."

Kesimpulannya, kita kena yakin dengan setiap apa yang kita lakukan. Yakin dengan Allah lah! Yakin Allah akan balas kebaikan yang kita buat nih dengan ganjaran yang lebih lumayan lagi. 

Dan Brohamzah tegaskan.. [ In life, tiada istilah c o b a - c o b a ]

Wallahu A'lam.





Monday, 15 April 2013

Manual kehidupan


Manual kehidupan?? Apakah?? Haha. Takpe, baca ja dulu.. Nanti anda nampak gambaran sebenar ttg apa yg ana nak cerita kali ini. :)

Analogi pertama..

Anda tahu kereta?? Kita tengok kereta bikinan jepun. Canggih kann? Cer kite bawa kereta jepun nih guna manual kereta buatan Jerman. Agaknya menjadi tak perjalanan kite?? Sure tak kann?! Yelah, kereta Jepun gunalah manual Jepun! Yang nak pi gatal guna manual negara lain tuh awaik?! Rosak kereta nanti... huhu

Analogi kedua..

Manusia... Kita manusia. Banyak sistem kat tubuh badan kita nih. Meh ambil satu contoh lahh.. Kita ambil contoh, sistem pernafasan. Organ yang terlibat dalam sistem ini ialah jantung, paru-paru, mulut, hidung... Cuba anda bayangkan, jantung xnak ikut aturan yang ditetapkan ntuk dia. Tiba2 jantung xnak pam darah. Dia habaq kat I dia dah penat, dia nak rehat. Guane tuh? jantung takkan gerak, mati lah kita. ye takk??

Analogi ketiga..

Ikan? Semua ada masalah. Kita tengok, ikan pun ada masalah! hehe *bukan nak cerita pasal nih* Satu hari, ikan fikir.."Alangkah bestnya hidup jika aku jadi burung. Boleh terbang bebas jer, Xde sape nak halang." Lagi-lagi, dia fikir,"Best semacam jer aku tengok kucing.. Boleh hidup bebas kat darat, dapat layanan percuma kat rumah2 orang. Best gak tuh." Dan nak panjangkan cerita, si ikan pun nak ubah ketentuan hidupnya. "Sudah tiba masanya aku beralih drpd hidup aku sebagai seekor ikan!" *Cehh.ikan2* Ikan pun melompatlah ke darat.. 1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat... >>Innalillah<<

Nak katanya kat sini, mereka semua [analogi2 di atas] sudah ditetapkan macam tuh, dah ada manual sendiri. Takleh dah nak tukar manual lain, nak try manual baru.. Takleh! Sebab apa xleh? Sebab kita dah nampak dah, jika mereka ingkar jugak.. Nak juga guna manual ikut suka dia ja, MATI lah dia! Sebab Allah dah tentukan macam tuh. Or, analogi pertama... Manusia dah tetapkan macam tuh. Terima jer lah. Tak perlu banyak songeh. Hehe [membebel pulak yer]

Same goes to us. Manual kehidupan kita adalah menurut apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita. Manual kita I.S.L.A.M .. Ambil manual ini, guna sepenuhnya. Hidup akan berjalan lancar. Tak da sekat sana, sekat sini.. Licin ja perjalanan hidup kita nanti. Jangan cakap kat dunia, tuh Akhirat jua licin i.a.. >> jika kita ambil manual ini sepenuhnya.. <<

::kak Amnani::

 

manusia bukan malaikat..

Bismillah!

Suatu hari, aku tertanya2.. Kita manusia, sahabat Rasulullah s.a.w juga manusia seperti kita kann? Erm... Mereka sama ke dengan manusia pada hari ini? Ada ke dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang gila2 macam sebahagian sahabat2 kita zaman ini? Ada ke yang jenis memilih? cerewet? semualah<< Ada ke hah? Hurm... Mestilah ade kan? Takkan xde kot.. Eh?? ye ke ade?? #pusing dibuatnye# korang pun tertanye2 gak kan? Jom sama2 kita baca kisah di bawah.. sebab, Alhamdulillah, persoalan yang sudah lama tertanam di lubuk hati tuh akhirnya ketemu jawapannya. Di Himega'13 baru2 ni...

Kisah 1 >>> Diceritakan pada zaman Rasulullah s.a.w ada seorang sahabat yang terkenal dengan sifatnya yang ceria, suka melawak bahasa mudahnya. Bila dia bersama Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w suka sampai nampak baris2 gigi baginda s.a.w.. Nama sahabat tu Naim. Pelawak zaman Rasulullah s.a.w #oh, rupanya ada jugak ye yang jenis suka buat lawak, ceria zaman Rasulullah s.a.w nih.. Ohhh. Betullah, sahabat manusia, bukan malaikat..:)#

Kisah 2 >>> Julaibib. Siapa yang pernah dengar kisah dia?? Pernah dah?? Tak pernah?! Takpa2, jangan risau.. Sini ana ceritakan kisah Julaibib. :) Julaibib nih orangnya kerdil (dwarf), pendek. Tapi, specialnya dia dengan Rasulullah s.a.w ialah dia sangat sangat SANGAT sangat dear dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w sayang sangat dengan Julaibib ni.

Satu hari, Rasulullah s.a.w bertanya Julaibib,"Nak kahwen tak? Aku boleh carikan.." lebih kurang begitulah bila di'melayu'kan.. Julaibib pun jawablah,"Nak.." 

Rasulullah s.a.w pun pergilah ke rumah seorang sahabat ni, nak pinangkan anaknya untuk Julaibib. Baginda s.a.w berkata kepada ayah wanita itu,"Aku datang nih hajat nak pinang anak perempuan kau," Si ayah gembira sungguh bila dengarnya.. Mana tak gembira.. Rasulullah s.a.w nak pinang anak perempuannya untuk dirinya.. Suka betul dia. Dia pun jawab lebih kurang camni lahh,"Boleh2, ambillah dia jadi isterimu. Aku setuju sangat!"

Rasulullah s.a.w pun berkata,"Bukan untuk aku.. Untuk kekasihku." Si Ayah bertanya,"Siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab,"Julaibib kekasihku."

Si Ayah terkejut. Julaibib budak pendek tuh Rasulullah s.a.w nak jodohkan dengan anak dia?? Manalah Si Ayahnya berkenan.. Lalu Si ayah berkata,"Sat naa, nak bincang ngan isteri dulu.." Dia pun beralih ke belakang rumah.

Si isteri bertanya,"Kenapa bang??"
"Rasulullah s.a.w datang nak pinang anak kita untuk Julaibib!"
Terkejut si isteri.."Untuk Julaibib?! Ish, taknak lah kite. Dahlah pendek, hodoh pulak. Langsung tak sesuai dgn anak kite.." 

>>> [Nampak tak?? Rupanya pd zaman Rasulullah s.a.w ada juga yang mcm kita nih.. Nampak kann, mereka semua manusia macam kita. Dan bukanlah mereka tuh malaikat.. mereka m a n u s i a ..] <<<

Rupanya, perbualan mereka didengari anak gadisnya.. Lalu si anak pun keluar bertemu parentsnya dgn katanya,"Jika Rasulullah s.a.w yang pinangkan aku untuk Julaibib, pasti Julaibib ini special orangnya. Dan pasti dia terbaik untuk aku. Mak, ayah... Aku terima."

Dan nikahlah mereka berdua.. 

Ini saja yang nak dijadikan cerita.. Nak tunjukkan bagaimana SAMAnya makhluk yang Allah cipta bernama MANUSIA itu. Memang maklum dah, yang bezakan kita dengan mereka adalah Taqwa kepada-Nya. Tapi, nak tunjukkan kat sini, mereka sahabat2 Rasulullah itu memang betullah manusia!! Memang kita semua tahu mereka manusia, cuma kadang kita fikir mereka ini umpama malaikat, sebab tahap Taqwa nya sangat tinggi. 

Even dah tamat kisah berkenaan tajuk post ana nih.. >>manusia bukan malaikat<< Tapi, kekok pula jika xhabiskan kisah Julaibib nih.. :')

Satu hari, mereka keluar berperang *tidak dinyatakan peperangan ape*.. Julaibib nih nak kata pendeknya dia, dia sama tinggi dengan pedang yang dia pegang! [pendekkannn? kecil orangnya] Dalam peperangan, strategi Rasulullah s.a.w mantOp hebatnya! Baginda s.a.w bahagikan mereka secara kaum2. Bukan assobiyah ya! Sebab Rasulullah s.a.w tahu sesama kaum mesti kenal sesama mereka, memudahkan urusan nak kenal pasti mukmin yang syahid lepas peperangan nnti. Setiap kaum tuh, dilantik ketua2nya.. Nak dijadikan cerita, Julaibib turut serta dalam peperangan itu.. DAN SYAHID! 

Lepas tamat peperangan, Rasulullah s.a.w arah ketua setiap kaum cari mayat2 mukmin yang syahid di jalan Allah.. Tapi, dalam banyak2 mayat tuh, tiada yang jumpa Julaibib. Rasululah s.a.w kecewa. Lalu berucap,"Wahai mukminin, pergilah kau cari kekasihku Julaibib! Dia telah syahid! Pergilah cari dia.." 

[saat ini, air mataku mengalir...]

Maka, sahabat2 pun keluar ke medan perang. Mencari mayat Julaibib. Tidak jumpa juga. Rasulullah s.a.w suruh mereka usaha lagi. Akhirnya, salah seorang sahabat melaung2 nama Rasulullah s.a.w dari hujung medan perang. "Ya Rasulullah! Ya Rasulullah! Julaibib ada di sini!" Para sahabat yang turun mencari tadi meluru ke arah sahabat yang memanggil.. Julaibib telah syahid dikelilingi mayat2 musuh. julaibib telah berjaya membunuh 7 musuhnya, dan dia syahid! Dia telah tertimpa dengan mayat2 musuh yang dibunuhnya, sebab itu sahabat2 tidak menjumpainya.. 

Subhanallah.. Hebat manusia itu bila disinari Taqwa dan Iman kepadaNya.. #mendengarkan kisah ini, membuatkan aku rasa hormat pd Julaibib, k e k a s i h Rasulullah s.a.w#



Wednesday, 10 April 2013

Allah selamatkan kamu

Assalamualaikum.. Kali ini ana nak kongsi pengalaman ana dan sahabat2 time buat surprise party untuk adik kami tercinta di Maahad, hari Isnin baru2 ni, tanggal 8 April 2013. He3. 

Sebenarnya kami kakak2 semua ni xplan pun nak sambut birthday dia (upss).. yang pada asalnya jatuh pd hari Jumaat ini, 12 April. Kami nak sambut birthday orang lain sebenarnya (sahabat kami), tapi Allah izin dia xhadir sbb ada  program Tamrin. Kawan ana Aqilah dah bawa banyak puding mangga sbgi kek BB dia.. Bukan kami xnak smbut bday adik tuh, kami akan smbut dgn lebih meriah dlm prncgn.. Tapi, rencana Allah itu terbaik! Move on juga.

Malam itu, time budak2 murajaah hafazan di bawah, kami berenam discuss nak buat camna malam ni. Rancang punya rancang, akhirnya terdecide satu keputusan. M u k t a m a d . he3 sbb bnyk sngt cadangan... 

Resultnya, Kd dan Asmaa akan control adik2 kat atas smntara persediaan di bawah dilaksanakan. Malam tu mereka kena tidur awal. Selalunya slps kelas mereka akan ada super (disediakan), malam tu xda pula. Nasib baik mereka xpelik knp xda. Tanpa banyak soal, mereka trus naik atas. 

Yang ditugaskan di bawah, ana kena pasang music Aeman-Selamat Hari Lahir. Maryam kena blackout kan rumah, Amal pgg torch henset (nk suloh kek) dan Aqilah bawa kek. 

Perjalanan berjalan seperti yang dirancang, Alhamdulillah. Dan budak2 tuh langsung xdpt agak. He3 ingat lagi, bila blackout jah semua terkejut (kakak2 buat gempak, kecoh lebih sikit) suruh budak2 turun bawah. Dengar suara adik2 dari atas.. 

"Akak, kenapa blackout??"

"Ahh? Ada orang buka air panas ke?? xleh buka air panas.."Maryam bijak cover.. Ana geli hati je time tuh..

"Ah?? Air panas?? Mana ada org buka punn tadi."(Alamak! kantoii)

"Takk.. Tutup air panas tuh." Ana pula main peranan.. 

Adik2 lawakk.. Time turun tangga (kan gelap ~ B l a c k o u t ...) tak nampaklah. Kakak2 yg teman mereka pun pakat ckp.. "Pegang tangan kakak.." ulang2 berapa kali tah. Nak timbulkan KECOH di situ. he3 Adik2 >>>

"Mna tangga?"

"tak nampak jalan..."

"gelaplah kak.." <<<

Suara risau ja adik2 turun tangga. Sbb itu kami prepare akak2 teman mereka kat ats. Kalau tidak, mahu xturun budak2 tuh. he3 ~bukan sbb takut ya! Adik2 hafizah kami xgentar.. cuma ketiadaan cahaya~ 

Dan....

Apabila music on, kek pun muncul di ruang depan DAN semua kakak2 dari setiap penjuru laungkan bersama Nasyid tersebut..

"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Asmaa Athirah! Allah selamatkan kamu! yeah3! (clapping)"

Electrik pun dihidupkan~ Nampak wajah setiap seorang adik2 kami ni.. Semua macam terpinga-pinga takkk?! ha3 Comel je. Kami semua pun enjoylah makan apa2 yg ada.. Sambil2 tuh, dah jadi lumrah takkk kami semua mengimbas balik moment2 sebentar tadi. ngeh2 

Tanya perasaan adik2 time blackout tuh. Mereka kat tingkat atas (termasuk akak2nya skli) terkejut tiba2 blackout.. Pelik pun ada, mereka kata.. he3 sbb.. knp tiba2 blackout?? kalau dulu blackout sbb on shot suis lampu tnds.. Tapi, dah dibaiki. Hmm, kpl ligat kami cpat pickup something ntuk djadikan pnyebab blackout tersebut. ngeh3.. credit to Maryam lahh.

Dan satu lagi, adik2 cerita.. "Time kakak2 suruh pgg tangan tuh, kitorang xpegang pun.. ""Kenapa tak pegang?" "Dah xnampak orangnye kat mane.." He3 Semua geli hati.. Bahagia rasa dpt cipta memory2 indah camni. Tengok adik2 makan penuh selera, wahh.. Rasa nak buat lagi. 

Sebelum coming to the Ending dia.. Ana nak wish sikit kpd birthday girls kita seorang nih.. Kepada Asmaa Athirah bte Ismail, Kakak2 semua sayang Asmaa. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, semoga Asmaa jadi anak yang solehah, dapat bimbing adik2 [walaupun dia anak bongsu dlm keluarga, tapi dia kakak sulong antara budak2 nih] dengan menunjukkan contoh yg terbaik kpd mereka.. Semoga dalam REDHA ALLAH sentiasa.. Akak sayang Asmaa. [walaupun kdg nyebelin, namun tetap sayang..] #seriously#  @_@   .




~Jangan melihat pada S I M P L E nya ia.. Tetapi, lihatlah pada U K H U W A H yang Allah hadirkan mesra terjalin dalam 3 bulatan kegembiraan itu~ 

::s i m p l e  i s  b e a u t i f u l::
seriously.. XD











Saturday, 6 April 2013

Urghhh.. Apakah???

Cuba lihat sms yang ana terima tadi.. sendernya tidak didedahkan. Tapi, rasanya semua dah tahu. huhuhu.. Ikutilah kesah ana di bawah ni~



Erkkkk.. Cuba highlight sikit part "jgn lupe kite sntiasa b'same," dan part"jumpe kt sne ek".

What the?????!

erghhh. Tak suka ana membacanya.

Adakah perlu dia send kat ana...?? Tak perlu rasanya. Memang xperlu pun! 
'Alaa, dia maksudkan kawan lelaki dia tuh. Bukan maksudkan kamu pun.' Ya, tahu2. Masalahnya, ana nih p e r e m p u a n ! Bukan laki2 kawan dia tuh.

Sejak bila pulak kita sentiasa bersama nih???? Since when??
And... Nak jumpe kat sana??? urggggh~

'Laaa, dia mesti tersalah send tuh. Tersend kat nombor awk.' hemm, boleh pulak ye TERsend.. 

'Marah ke????' Taklah. Mana ada.. Mana ada marah.. Tak marah pon. [ s m i l e ]
'Hmm.. bunyi macam marah.'  '........................................'

'Dia kan KU, mesti dia send dekat semua g6 termasuk awk. Dahlah, takyah fikir2kan lagi. Kalau tak suka dan rasa tak selesa dgn mesej tuhh, I prefer you delete sms tuh. Tamat~'

Hmmm.. -_-" 
Ana tahu niatnya baik.. Nak bertemu di sana.. Rindu ya?!
hahaha.. [perlikahhh???]
Lebih kuranglahh.. @_@

Tapi, meski baik punn.. Batas2 kena jagalah. Ada kaa send kat kite, send kat kawan2 laki dia sudahlah, cukuplah. Kena jaga. Boleh jadi fitnah tahu?! Kannn, wanita itu fitnah bagi laki2.. >> Nasib baik ana nih baik <<.. Hmmm. 

psstt... PKU kita xpulak send mesej cenggitu ke kite. huhuhuuhuhuuhuuhuhu


Jangan lupa Allah

Kita manusia.. hambaNya.
Dia Allah.. Tuhan kita.
Pencipta kita. Allah mencipta segalanya.

Ya ya. Semua dah maklum sangat sangat sangat. Ana tahu. Ini ingatan untuk diri ana sendiri. Allah yang patut kita sembah! Allah! Bukan yang lain. Allah!

Mujahadahlah dikau wahai diri. Mujahadah!
Mujahadah untuk letak Allah Tuhanmu yg plg utama dihdpn sglnya di alam ini.

Tolong jgn lalai. Allah! Allah! Allah! ingatiNya pada setiap kelip matamu, pada setiap detak jantungmu. Ingatlah Allah! Ingatlah.

Agar mudah segala urusan. Agar rahmatNya bercucuran. Agar kasihNya berlimpahan. Agar sentiasa dalam naungan!

Oh diri.. Please, don't forget..... please.... -_-,



Al-umm menghasilkan Al-ummah


Tarikh : 5 April 2013

Hari : Jumaat

Waktu : 3.20 petang

Perkara : Pengajian Usul 'Isyriin bersama Ustaz Adni AR



Muqaddimahnya menggoncang iman....

Ustaz berbicara soal wanita. Peranannya sebagai seorang ibu...

Tajuk : Peranan wanita a.k.a ibu dalam mentarbiyah anak2.


Ustaz memulakan pengajian kami dengan membacakan sepotong kata2 daripada Alharamain/Aljuwaini. Katanya: "Ibuku tidak akan menyusukan aku kecuali dalam keadaannya yang berwudhu'. Ada satu hari, jiranku menyusukan aku dalam keadaan tiada wudhu'."

Beliau berkata lagi: " Pada ketika aku merasa malas dan keletihan untuk beribadah, mungkin itu adalah kesan daripada penyusuan jiranku yang tidak berwudhu' itu."

Ustaz mengatakan bahawa perkara ini juga turut diamalkan oleh ibunya Syed Badiuzzaman An-Nursi (turki). 

Pengajaran daripada kisah ini, Bi'ah solehah memproduksikan Natijah yang lumayan.

Juga sedikit perkongsian bersama..

perkataan Al-Ummah adalah drpd perkataan Al-Umm (ibu).
Ohh.. baru tahuu.. :)
Maknanya, Al-umm (ibu) yang solehah akan menghasilkan Al-Ummah (masyarakat) yang solehah. Juga ssebaliknya, Al-Umm (ibu) yg tidak solehah hasilnya Al-Ummah (masyarakat) yg tidak solehah... Dalam erti kata lain, runtuhnya institusi keibuan, maka runtuhlah Al-Ummah itu. (perguna semula kosa kata BMku~)

Kena mula daripada saat ini, kita didik diri kita menjadi ibu yang solehah kpd anak2 kita.. kerana anak2 merupakan antara individu yang bakal membentuk Al-Ummah (masyarakat) itu nanti. >>> menurut Al-fadhil Al-ustaz.

Ustaz berkata lagi.. 
" Apa yang telah ditentukan Allah kepada kaum Hawa itu, mereka harus terima. Dan jangan sekali cuba untuk keluar daripada ketentuan Allah."

Boleh fahamkahh?? Ana bolehh. Anda???
Takpa2.. Ana terang sekali di sini. Allah sudah menentukan bahawa yang bernama wanita itu harus menutup auratnya daripada dilihat yg haram baginya, maka kita harus terima ketentuan Allah. Jangan pula coba2 lari drpd nya.. Bila lari, jadilah kita seperti wanita2 pada zaman ini >> wana'uzubillah<<

Ustaz ungkapkan.. Rasa sempit dada melihat akhowat2 sekarang ini, semua dah lari... "ka annani as'at fis samaa'" katanya berulang kali..

Maksudnya.. Umpama aku mendaki langit.. umpama aku daki langit.. daki langit.. begitu kesesakan yg dirasa.

Wallahu Ta'ala A'lam.





>>> inisekadarperkongsian <<<
There was an error in this gadget