Saturday 24 August 2013

Burung hantu atau helang??


Siang itu, Sang Kiai menjadi imam solat zohor bagi para santrinya. Usai solat, seperti biasa, Pak Kiai langsung pulang ke rumahnya yang terletak di lingkungan pesantren. Demikian juga para santrinya yang lain, mereka melanjutkan aktiviti duniawi masing-masing. Ada yang ke kebun, ke sawah, ke laut, dan sebagainya.


Meski demikian, di dalam masjid masih tampak seorang santri, pemuda yang asyik larut dalam lautan zikir. Ketika Sang Kiai datang ke masjid untuk solat Asar, santri itu belum juga beranjak dari tempatnya. Dia seperti begitu menikmati zikirnya. 


"Nak, mengapa Engkau tidak keluar mencari rezeki seperti teman-temanmu yang lain itu?" tanya Pak Kiai.

Sang Santri menjawab,"Apakah Pak Kiai tidak melihat burung hantu itu, ia tidak ke mana-mana tetapi setiap hari pasti ada seekor burung helang datang membawakan makanan untuknya. Ia sahaja seekor binatang, Allah menjamin rezekinya. Bagaimana dengan saya yang rajin berzikir, tentu Allah lebih menjamin rezeki-Nya untukku..Tidak begitu?"

Pak Kiai tersenyum mendengarnya."Benar katamu.Tetapi coba perhatikan dan renungkan kembali baik-baik, manakah yang lebih mulia di antara keduanya, burung hantu atau helang itu?"

Si Santri langsung menjawab,"Waduh Pak Kiai, jelas-jelas si burung helang itu yang lebih mulia. Kerana ia bersungguh-sungguh membawakan makanan buat burung hantu itu, sedangkan si burung hantunya hanya terdiam menunggu juadahnya."

Pak Kiai pun menyambung bicaranya,"Nah, demikianlah juga manusia. Yang berusaha itu jauh lebih mulia daripada yang hanya menunggu pemberian juadah. Bukankah Rasulullah s.a.w sudah bersabda,'Tangan yang di atas itu lebik baik dan mulia daripada tangan yang di bawah.'"

Sang Santri mengangguk-angguk membenarkan kata-kata Pak Kiai sebentar tadi. Dia akhirnya mengerti akan nasihat Pak Kiai. Mulai hari itu, usai menunaikan solat fardhu di masjid, ia langsung menyinsing lengan bajunya untuk menjemput rezeki Allah dengan bekerja. 


"....Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin..." (At-Taubah: 105)





-----------------------------------------------------------------------------------------


Para Nabi memiliki mata pencariannya yang tersendiri dan mereka makan daripada hasil keringat mereka sendiri. Nabi Zakaria adalah tukang kayu. Nabi Idris adalah seorang tukang jahit. Rasulullah pula merupakan pengembala kambing. 

Para Ulama' juga begitu. Ada yang menjadi tukang besi, ada yang menjadi tukang daging, ada yang menjadi tukang jam, ada yang menjadi tukang tenun. Pekerjaan-pekerjaan yang mungkin menurut kita sudah ketinggalan zaman dan sangat tradisional, tetapi sesungguhnya adalah profession yang penuh barakah, tidak berpotensi untuk dikorupsi, dimanipulasi. Yang  jelas, mereka tidak mahu menggantungkan hidupnya kepada orang lain.




Kita juga seharusnya begitu. Tidak terlalu bergantung dengan orang lain. Jangan jadi seperti si burung hantu itu, pemalas hinggakan terpaksa bergantung kepada burung helang untuk membantunya terus hidup. Sebaliknya jadilah seperti burung helang, contohilah sikap rajinnya. 


Dalam erti kata seorang pelajar, rajin-rajinlah keluar menuntut ilmu kerana ilmu yang diterima itu juga merupakan antara cabang-cabang rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita. Seterusnya, manfaatkanlah ilmu itu dengan menyebarkannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Semoga ilmu-ilmu yang kita terima ini mendapat barakah dari sisi Allah. Amin.

Wallahu A'lam :)

Worldview ???

Bismillah.


Saat asyik melayan noti di facebook.. Saat asyik ber'hashtag' di twitter.. Saat asyik dengan kerja-kerja harian kita.. Pernahkah sekali kita sedar bahawa kita sebenarnya sedang berperang?!!
Peperangan antara Islam dan Kufr. Bagaimana? Jika di Tanah Arab mereka memerangi dengan senjata dan darah, di sini kita diperangi dalam bentuk pemikiran. Our worldview. Perasankah anda??
Dalam erti kata mudah, kita sedang terperangkap dalam worldview kafir.. Mengapa begitu??
Tak percaya?? Ini ada bukti..
....INFAQ....

Kita diajar oleh kafir bahawa;                                   10  -  5  =  5

Tapi kita tak sedar bahawa sebenarnya...                    10  -  5  =  55
ataupun sebenarnya Islam mengajarkan kita begini...    10  -  5  =  355

Mengapa?? Sebab Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada mereka yang infaq di jalan Allah dengan 1 dibalas 10  atau 1 dibalas 70 ..



Mari kita kira semula.. jika 1 dibalas 10, maka 5 akan dibalas 50 !! Sebab itu bila kita infaq RM5 daripada RM10 yang kita ada, balikan kita adalah ;

RM50 (yang kita infaq) + RM5 (yang kita ada)  = RM55 (nilai sebenar yang kita dapat)



Sama juga jika 1 dibalas 70.. ia akan jadi begini;

RM5 (yang kita infaq) x 70 (ganjaran yang dijanjikan Allah) = RM350

So, balikan kita adalah..;

RM350  +  RM5  =  RM355



Lihat, dalam Islam semakin kita infaq semakin banyak pulangan yang kita akan  dapat. Maknanya, tidak ada istilah ' r u g i ' dalam ber'infaq'. Tetapi, lihatlah bagaimana kita kini terperangkap dalam worldview kafir yang mengatakan bahawa semakin banyak kita keluarkan duit, kita akan menjadi semakin rugi.. Itu tidak betul. Kerana apa? Sebab kita harus yakin dengan janji Allah. Dan janji Allah itu benar. 


Sebab itu tak perlulah kita nak hairan lagi apabila mendengar kisah Saidina Umar yang men'infaq'kan semua hartanya ke jalan Allah.. Kerana dia benar-benar yakin akan janji Allah. Kerana semakin banyak dia infaq, semakin kaya dia. Juga sebagaimana Saidina Uthman juga yang men'infaq'kan separuh hartanya..



Makanya, marilah sama-sama kita infaq kan harta kita.. Nak lebih kaya di dunia dan akhirat?? Infaqlah. Sememangnya infaq ini menjadi satu malakah buat diri kita. Banyak faedah yang kita akan dapat apabila kita menyumbangkan harta kita ke jalan Allah. Antaranya Allah memudahkan urusan kita dalam segenap aspek. Mudah memahami pelajaran misalnya. 




Sebagaimana firman Allah; "..... berjihadlah dengan harta dan diri kamu....."   

Harta  dengan ber'INFAQ'.. sedangkan diri kamu pula dengan keluar berjihad..





also read..."nikmatnya sedeqah"..





Ingatlah selalu.. dalam setiap amal kita..
OUTCOMES yang kita ada cuma 2 ;
1- Syurga
2- Neraka




...Jangan Terperangkap dengan DUNIA...


"Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?' Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akam mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "wahan". Seorang sahabat bertanya, Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta dunia dan takut mati".

(H.R. Abu Dawud)



Wallahul Musta'an