Worldview ???
Bismillah.
Saat asyik melayan noti di facebook.. Saat asyik ber'hashtag' di twitter.. Saat asyik dengan kerja-kerja harian kita.. Pernahkah sekali kita sedar bahawa kita sebenarnya sedang berperang?!!
Peperangan antara Islam dan Kufr. Bagaimana? Jika di Tanah Arab mereka memerangi dengan senjata dan darah, di sini kita diperangi dalam bentuk pemikiran. Our worldview. Perasankah anda??
Dalam erti kata mudah, kita sedang terperangkap dalam worldview kafir.. Mengapa begitu??
Tak percaya?? Ini ada bukti..
....INFAQ....
Kita diajar oleh kafir bahawa; 10 - 5 = 5
Tapi kita tak sedar bahawa sebenarnya... 10 - 5 = 55
ataupun sebenarnya Islam mengajarkan kita begini... 10 - 5 = 355
Mengapa?? Sebab Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada mereka yang infaq di jalan Allah dengan 1 dibalas 10 atau 1 dibalas 70 ..
Mari kita kira semula.. jika 1 dibalas 10, maka 5 akan dibalas 50 !! Sebab itu bila kita infaq RM5 daripada RM10 yang kita ada, balikan kita adalah ;
RM50 (yang kita infaq) + RM5 (yang kita ada) = RM55 (nilai sebenar yang kita dapat)
Sama juga jika 1 dibalas 70.. ia akan jadi begini;
RM5 (yang kita infaq) x 70 (ganjaran yang dijanjikan Allah) = RM350
So, balikan kita adalah..;
RM350 + RM5 = RM355
Lihat, dalam Islam semakin kita infaq semakin banyak pulangan yang kita akan dapat. Maknanya, tidak ada istilah ' r u g i ' dalam ber'infaq'. Tetapi, lihatlah bagaimana kita kini terperangkap dalam worldview kafir yang mengatakan bahawa semakin banyak kita keluarkan duit, kita akan menjadi semakin rugi.. Itu tidak betul. Kerana apa? Sebab kita harus yakin dengan janji Allah. Dan janji Allah itu benar.
Sebab itu tak perlulah kita nak hairan lagi apabila mendengar kisah Saidina Umar yang men'infaq'kan semua hartanya ke jalan Allah.. Kerana dia benar-benar yakin akan janji Allah. Kerana semakin banyak dia infaq, semakin kaya dia. Juga sebagaimana Saidina Uthman juga yang men'infaq'kan separuh hartanya..
Makanya, marilah sama-sama kita infaq kan harta kita.. Nak lebih kaya di dunia dan akhirat?? Infaqlah. Sememangnya infaq ini menjadi satu malakah buat diri kita. Banyak faedah yang kita akan dapat apabila kita menyumbangkan harta kita ke jalan Allah. Antaranya Allah memudahkan urusan kita dalam segenap aspek. Mudah memahami pelajaran misalnya.
Sebagaimana firman Allah; "..... berjihadlah dengan harta dan diri kamu....."
Harta dengan ber'INFAQ'.. sedangkan diri kamu pula dengan keluar berjihad..
also read..."nikmatnya sedeqah"..
Ingatlah selalu.. dalam setiap amal kita..
OUTCOMES yang kita ada cuma 2 ;
1- Syurga
2- Neraka
...Jangan Terperangkap dengan DUNIA...
"Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?' Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akam mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "wahan". Seorang sahabat bertanya, Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta dunia dan takut mati".
(H.R. Abu Dawud)
Wallahul Musta'an
Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City - MapYRO
ReplyDeleteView 전주 출장안마 reviews, ratings, location maps, photos and prices 창원 출장안마 for Borgata 공주 출장마사지 Hotel Casino & 이천 출장마사지 Spa in Atlantic 세종특별자치 출장마사지 City, NJ.