Siang itu, Sang Kiai menjadi imam solat zohor bagi para santrinya. Usai solat, seperti biasa, Pak Kiai langsung pulang ke rumahnya yang terletak di lingkungan pesantren. Demikian juga para santrinya yang lain, mereka melanjutkan aktiviti duniawi masing-masing. Ada yang ke kebun, ke sawah, ke laut, dan sebagainya.
Meski demikian, di dalam masjid masih tampak seorang santri, pemuda yang asyik larut dalam lautan zikir. Ketika Sang Kiai datang ke masjid untuk solat Asar, santri itu belum juga beranjak dari tempatnya. Dia seperti begitu menikmati zikirnya.
"Nak, mengapa Engkau tidak keluar mencari rezeki seperti teman-temanmu yang lain itu?" tanya Pak Kiai.
Sang Santri menjawab,"Apakah Pak Kiai tidak melihat burung hantu itu, ia tidak ke mana-mana tetapi setiap hari pasti ada seekor burung helang datang membawakan makanan untuknya. Ia sahaja seekor binatang, Allah menjamin rezekinya. Bagaimana dengan saya yang rajin berzikir, tentu Allah lebih menjamin rezeki-Nya untukku..Tidak begitu?"
Pak Kiai tersenyum mendengarnya."Benar katamu.Tetapi coba perhatikan dan renungkan kembali baik-baik, manakah yang lebih mulia di antara keduanya, burung hantu atau helang itu?"
Si Santri langsung menjawab,"Waduh Pak Kiai, jelas-jelas si burung helang itu yang lebih mulia. Kerana ia bersungguh-sungguh membawakan makanan buat burung hantu itu, sedangkan si burung hantunya hanya terdiam menunggu juadahnya."
Pak Kiai pun menyambung bicaranya,"Nah, demikianlah juga manusia. Yang berusaha itu jauh lebih mulia daripada yang hanya menunggu pemberian juadah. Bukankah Rasulullah s.a.w sudah bersabda,'Tangan yang di atas itu lebik baik dan mulia daripada tangan yang di bawah.'"
Sang Santri mengangguk-angguk membenarkan kata-kata Pak Kiai sebentar tadi. Dia akhirnya mengerti akan nasihat Pak Kiai. Mulai hari itu, usai menunaikan solat fardhu di masjid, ia langsung menyinsing lengan bajunya untuk menjemput rezeki Allah dengan bekerja.
"....Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin..." (At-Taubah: 105)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Para Nabi memiliki mata pencariannya yang tersendiri dan mereka makan daripada hasil keringat mereka sendiri. Nabi Zakaria adalah tukang kayu. Nabi Idris adalah seorang tukang jahit. Rasulullah pula merupakan pengembala kambing.
Para Ulama' juga begitu. Ada yang menjadi tukang besi, ada yang menjadi tukang daging, ada yang menjadi tukang jam, ada yang menjadi tukang tenun. Pekerjaan-pekerjaan yang mungkin menurut kita sudah ketinggalan zaman dan sangat tradisional, tetapi sesungguhnya adalah profession yang penuh barakah, tidak berpotensi untuk dikorupsi, dimanipulasi. Yang jelas, mereka tidak mahu menggantungkan hidupnya kepada orang lain.
Kita juga seharusnya begitu. Tidak terlalu bergantung dengan orang lain. Jangan jadi seperti si burung hantu itu, pemalas hinggakan terpaksa bergantung kepada burung helang untuk membantunya terus hidup. Sebaliknya jadilah seperti burung helang, contohilah sikap rajinnya.
Dalam erti kata seorang pelajar, rajin-rajinlah keluar menuntut ilmu kerana ilmu yang diterima itu juga merupakan antara cabang-cabang rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita. Seterusnya, manfaatkanlah ilmu itu dengan menyebarkannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Semoga ilmu-ilmu yang kita terima ini mendapat barakah dari sisi Allah. Amin.
Wallahu A'lam :)
Bismillah.
Saat asyik melayan noti di facebook.. Saat asyik ber'hashtag' di twitter.. Saat asyik dengan kerja-kerja harian kita.. Pernahkah sekali kita sedar bahawa kita sebenarnya sedang berperang?!!
Peperangan antara Islam dan Kufr. Bagaimana? Jika di Tanah Arab mereka memerangi dengan senjata dan darah, di sini kita diperangi dalam bentuk pemikiran. Our worldview. Perasankah anda??
Dalam erti kata mudah, kita sedang terperangkap dalam worldview kafir.. Mengapa begitu??
Tak percaya?? Ini ada bukti..
....INFAQ....
Kita diajar oleh kafir bahawa; 10 - 5 = 5
Tapi kita tak sedar bahawa sebenarnya... 10 - 5 = 55
ataupun sebenarnya Islam mengajarkan kita begini... 10 - 5 = 355
Mengapa?? Sebab Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada mereka yang infaq di jalan Allah dengan 1 dibalas 10 atau 1 dibalas 70 ..
Mari kita kira semula.. jika 1 dibalas 10, maka 5 akan dibalas 50 !! Sebab itu bila kita infaq RM5 daripada RM10 yang kita ada, balikan kita adalah ;
RM50 (yang kita infaq) + RM5 (yang kita ada) = RM55 (nilai sebenar yang kita dapat)
Sama juga jika 1 dibalas 70.. ia akan jadi begini;
RM5 (yang kita infaq) x 70 (ganjaran yang dijanjikan Allah) = RM350
So, balikan kita adalah..;
RM350 + RM5 = RM355
Lihat, dalam Islam semakin kita infaq semakin banyak pulangan yang kita akan dapat. Maknanya, tidak ada istilah ' r u g i ' dalam ber'infaq'. Tetapi, lihatlah bagaimana kita kini terperangkap dalam worldview kafir yang mengatakan bahawa semakin banyak kita keluarkan duit, kita akan menjadi semakin rugi.. Itu tidak betul. Kerana apa? Sebab kita harus yakin dengan janji Allah. Dan janji Allah itu benar.
Sebab itu tak perlulah kita nak hairan lagi apabila mendengar kisah Saidina Umar yang men'infaq'kan semua hartanya ke jalan Allah.. Kerana dia benar-benar yakin akan janji Allah. Kerana semakin banyak dia infaq, semakin kaya dia. Juga sebagaimana Saidina Uthman juga yang men'infaq'kan separuh hartanya..
Makanya, marilah sama-sama kita infaq kan harta kita.. Nak lebih kaya di dunia dan akhirat?? Infaqlah. Sememangnya infaq ini menjadi satu malakah buat diri kita. Banyak faedah yang kita akan dapat apabila kita menyumbangkan harta kita ke jalan Allah. Antaranya Allah memudahkan urusan kita dalam segenap aspek. Mudah memahami pelajaran misalnya.
Sebagaimana firman Allah; "..... berjihadlah dengan harta dan diri kamu....."
Harta dengan ber'INFAQ'.. sedangkan diri kamu pula dengan keluar berjihad..
also read..."nikmatnya sedeqah"..
Ingatlah selalu.. dalam setiap amal kita..
OUTCOMES yang kita ada cuma 2 ;
1- Syurga
2- Neraka
...Jangan Terperangkap dengan DUNIA...
"Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?' Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akam mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "wahan". Seorang sahabat bertanya, Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta dunia dan takut mati".
(H.R. Abu Dawud)
Wallahul Musta'an
Bismillah.
Kala jiwa ini seperti pepohonan yang merangas di musim gugur, saat itu harus ada yang guyur hujan sebagai pupuk yang menyuburkan hidupnya kembali. kematiannya sesaat akan menumbuhkan kehidupan yang lebih rekah-berkah.
Kala jiwa sedang letih, harus ada penggal waktu untuk jeda. Dalam jeda, siapa tahu mata hati yang tertutup awan gelap, jiwa yang terkotori jelaga dosa serta terkongkong gravitasi syahwat dan gelapnya kesedaran, akan menemukan berkas sinarnya.
Bagi insan beriman, jeda itu bernama percik-percik spiritual. Ya, anda membacanya sambil santai agar wadah iman anda senantiasa terisi penuh. Ini kerana seperti yang kita rasakan, iman itu fluktuatif a.k.a naik dan turun, pasang dan surut. Ada kalanya membumbung tinggi, setinggi-tingginya, seolah diri ini sedang duduk di samping Nabi atau seperti sedang berada di majlis para malaikat. Namun ada kalanya juga menciut ke titik nadir yang terendah, seolah telah cabut dari dada lalu merasa sudah menjadi saudara syaitan, bahkan mungkin dirasakan seperti 'syaitan sejati' dari golongan manusia.
Itulah tentangan or cabaran menjadi manusia.
Duri-duri penusuk iman terus tertabur berserakan dan rintangan datang menyapa silih berganti dan tidak pernah berkesudahan.
Hidup ini tidakkan selalu bertatakan bunga-bunga indah semerbak syurgawi, tetapi ia merupakan sebuah pndakian menuju sempurna. Bukankah di hujung perjalanan ini ada syurga bagi yang sukses serta ada neraka bagi yang gagal? Hanya itu. Tiada yang ketiga.
Manusia itu makhluk bayangan.
Ya.
Bayangan malaikat dan syaitan menyelinap ke dalam dirinya. Ia memiliki sisi jinak dan sisi liar sekaligus. Taat di pagi hari, kembali bermaksiat di sore hari. Kelmarin sudah bertaubat, hari ini kembali berdosa; hari ini gelisah, esok gembira.
Yang menjadi tugas terberat manusia adalah memelihara stabilitas iman. Memperbaharuinya selalu agar tidakmenciut ke titik nadir, agar jiwa yang di bumi terus bersambung dengan langit, agar bejana spiritual terus terisi penuh. Iman harus selalu lekat di hati, bahkan saat kematian harus menjemput, ia harus berada di posisi terbaik di puncaknya.
Intinya, dimensi spiritual harus diperhatikan sebab ia alas segala kebaikan. Harus ada upaya serius mengisinya dengan nutrisi spiritual. Salah satu nutrisi spiritual itu adalah membaca percik-percik pembangunan iman dan jiwa, mentadaburi kearifan-kearifan para sufi, mencontohi akhlak luhur orang-orang soleh terdahulu, serta menyerap hikmah hidup daripada mereka.
'Buku sederhana ini' adalah percik-percik itu. sebahagiannya berisi eksplorasi iman yang tidak berkesudahan, tentang cinta yang membumi, tetapi bernuansa langit, tentang ikhlas yang tidak bertepi, tentang sabar yang tidak ada duanya, tentang memberi tanpa batas, tentang mulianya mulia, tentang bahagianya bahagia, tentang budi pekerti yang tidak terjangkau, tentang semua nilai luhur yang tidak terbatas, tetapi nyaris memudar di tengah-tengah peradaban moden, tentang segenap kebaikan yang fitrah kita mengenalnya dengan baik.
Di tengah-tengah tempuruknya akhlak, rapuhnya iman, membatunya hati, di tengah-tengah tingkat ketidakpedulian manusia yang begitu tinggi serta hidup sendiri-sendiri, kami cuba menghimpun percik-percik spiritualitas yang sarat muatan moral ini. tujuannya adalah mengisi wadah spiritual kita dengan hal-hal ringan, snatai, menyenangkan, tetapi bobot ilmunya tetap terjaga. buku ini juga menjadi hiburan bagi anda aar lara yang mendera tidak bergayut begitu lama. Buku ini tentu tidak mengangankan agar menjadikan anda lebih baik, tetapi hana untuk memberi tahu bahawa diri anda sebenarnya jauh lebih baik daripada yang anda duga.
Semoga percik-percik bersahaja ini menyadarkan jiwa yang sedang lalai bahawa sesungguhnya hidup ini haruslah memiliki nutrisi iman yang menjadikannya selalu tumbuh subur. Yakinlah bahawa musim semi akan segera menjemput. Dedaunan akan kembali menghijau. Bunga-bunga akan mekar-segar. Burung-burung pun berkicau riang.
Terpanjat do'a, semoga memperoleh redha Allah s.w.t. Semoga Dia berkenan membimbing kalbu kita di jalan yang dicintai dan diredhai-Nya, Amin.
Dipetik daripada Prolog Lelaki Akhirat dari sudut kota Madinah.
Muhamad Yasir.