Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Posting hari nih berkenaan perkara yang berlaku pada pagi tadi, bertarikh keramat 26 Jun 2013. Saya menjalani ujian kereta or kata lainnya, JPJ Test.. ^^
Bagaimana perasaan saya??
MasyaAllah, hanya pemilik hati nih saja yang tahu.. Betapa nervous nya diri nih menghadapi hari ini. haha xyah cakaplah, macam orang tengah periksa, cuma this time lain sikit sbb kita bermain dengan kereta.. Nervous sangat, sampai malam semalam tidak boleh lelap duk fikir ---> "Janganlah esok tiba. Janganlah esok tiba."
Tapi, fikir macam tuh xjalan jugak. Apa logik ?? Esok sah2 akan datang juga unless la kalau esok sudah ditarik nyawa, memang xkan tiba lagi hari esok.. hmm
So, saya tukar pemikiran kepada ---> "Mudahkan Ya Allah, hari esok... luluskan aku." Naah, lebih nyaman selepas itu.. Kadang rasa bersyukur sangat, sbb diri ini ada tempat untuk bergantung ^^. Ya lah, bila kita ingat Dia, Dia akn ingat kita. Bila kita minta Dia, Dia akan beri kita. Dan dengan pemberianNya itu, wajib lah kita bersyukur.. --->tanda hamba yg mengenang budi Tuhannya.
Dan Allah izin, pagi tuh semasa tunggu giliran dipanggil untuk diuji saya tenang sepanjang masa.. Langsung tidak nervous or panic or whatsoever yg sewaktu dengannya.. Cuma bertarung dengan perut yg mula meminta haknya. haha sian dia, tidak diisi dri pagi smpai waktu lunch (selesai semua ujian).. Kena pujuk2 --> "Sabar, nanti dah selesai semua saya isilah..." - -" pon jadi..
Pendekkan ceritanya ya..
Selesai semua ujian, ujian last sekali adalah ujian tiga penjuru.. Selesai saja tuh, isi borang, tandatangan dan bergerak ke kaunter untuk serahkan borang.. Sampai di kaunter, akak yang bertugas ambil borang tu then serahkan kad ic dan lesen L saya yg sebelum nih dikepilkan bersama borang tadi kepada saya..
"Ambil nih, pergi masuk pejabat, cakap dengan kakak kat dalam tuh kamu sudah lulus.."
s e n y u m
"terima kasih." Kaki bergerak ke pejabat. hehehe gembira lah. Dah lepas satu beban. Dah selesai proses mendapatkan lesen P. Alhamdulillah.
Selesai semua urusan, saya bergegas ke mesin minuman di luar pejabat.. Beli minuman dan minum di kantin belakang sambil menikmati pemandangan yang takkan aku jumpa lagi (maybe) ---> orang buat ujian kereta..
Haihh, leganya seluruh anggota..
Oppss, lupa nak buat sesuatu. Saya keluarkan henset daripada beg dan menaip sms kpd org2 penting.. Nak umumkan bahwa diri ini dah lulus ujian!!!!! hihi
to mom : Alhamdulillah!! Hajar dah lulus. ^^
to dad : Alhamdulillah!! Hajar dah lulus. ^^
to Ahmad : Alhamdulillah!! Hajar dah lulus. ^^
and tak dilupakan kepada cikgu yang mengajar....
to cg Zul : Terima kasih cg. Saya lulus! :)
Dan juga kepada org yang mendoakan diri ini..
to Nana : Naaaa!! Saya luluuss!!
(happy sungguh)
dan reply yg diperolehi sangat Ajaib b o l e h s a y a k a t a k a n . . . . sebab semuanya menjawab dengan muqaddimah "ALHAMDULILLAH".. MasyaAllah, besar maknanya tuh. Dan kemudiannya baru nyata perkataan "tahniah".. ^^
Dengan lafaz Alhamdulillah ini, mmg dah nyata, jelas dah Puji-pujian hanya lanyak diberikan untuk Allah.. Yang telah memudahkan urusan saya hari ini, dan telah meluluskan aku. Bahkan segala pujian yang kita terima atas kejayaan kita patutnya balik semula kepada Sang Pemberi Nikmat itu.. Kerana hanya dia sahajalah yang layak menerima pujian ni.. ^^,
Dan apabila kita menerima nikmat Nya, apa perlu kita buat?? --- b e r s y u k u r ---
Bagaimana nak bersyukur?? --- b u a t a p a y a n g A l l a h s u k a s a h a j a ---
barulah nanti Allah tambah lagi nikmat kita.. InsyaAllah.
- Terima Kasih Tuhan -
No comments:
Post a Comment