Tarikh : 5 April 2013
Hari : Jumaat
Waktu : 3.20 petang
Perkara : Pengajian Usul 'Isyriin bersama Ustaz Adni AR
Muqaddimahnya menggoncang iman....
Ustaz berbicara soal wanita. Peranannya sebagai seorang ibu...
Tajuk : Peranan wanita a.k.a ibu dalam mentarbiyah anak2.
Ustaz memulakan pengajian kami dengan membacakan sepotong kata2 daripada Alharamain/Aljuwaini. Katanya: "Ibuku tidak akan menyusukan aku kecuali dalam keadaannya yang berwudhu'. Ada satu hari, jiranku menyusukan aku dalam keadaan tiada wudhu'."
Beliau berkata lagi: " Pada ketika aku merasa malas dan keletihan untuk beribadah, mungkin itu adalah kesan daripada penyusuan jiranku yang tidak berwudhu' itu."
Ustaz mengatakan bahawa perkara ini juga turut diamalkan oleh ibunya Syed Badiuzzaman An-Nursi (turki).
Pengajaran daripada kisah ini, Bi'ah solehah memproduksikan Natijah yang lumayan.
Juga sedikit perkongsian bersama..
perkataan Al-Ummah adalah drpd perkataan Al-Umm (ibu).
Ohh.. baru tahuu.. :)
Maknanya, Al-umm (ibu) yang solehah akan menghasilkan Al-Ummah (masyarakat) yang solehah. Juga ssebaliknya, Al-Umm (ibu) yg tidak solehah hasilnya Al-Ummah (masyarakat) yg tidak solehah... Dalam erti kata lain, runtuhnya institusi keibuan, maka runtuhlah Al-Ummah itu. (perguna semula kosa kata BMku~)
Kena mula daripada saat ini, kita didik diri kita menjadi ibu yang solehah kpd anak2 kita.. kerana anak2 merupakan antara individu yang bakal membentuk Al-Ummah (masyarakat) itu nanti. >>> menurut Al-fadhil Al-ustaz.
Ustaz berkata lagi..
" Apa yang telah ditentukan Allah kepada kaum Hawa itu, mereka harus terima. Dan jangan sekali cuba untuk keluar daripada ketentuan Allah."
Boleh fahamkahh?? Ana bolehh. Anda???
Takpa2.. Ana terang sekali di sini. Allah sudah menentukan bahawa yang bernama wanita itu harus menutup auratnya daripada dilihat yg haram baginya, maka kita harus terima ketentuan Allah. Jangan pula coba2 lari drpd nya.. Bila lari, jadilah kita seperti wanita2 pada zaman ini >> wana'uzubillah<<
Ustaz ungkapkan.. Rasa sempit dada melihat akhowat2 sekarang ini, semua dah lari... "ka annani as'at fis samaa'" katanya berulang kali..
Maksudnya.. Umpama aku mendaki langit.. umpama aku daki langit.. daki langit.. begitu kesesakan yg dirasa.
Wallahu Ta'ala A'lam.
>>> inisekadarperkongsian <<<
No comments:
Post a Comment